Total Pageviews

Total Pageviews

Total Pageviews

Total Pageviews

Wednesday, October 2, 2013

ikan tiger barb

Bagi peminat mereka yang ingin menjadikan akurium mereka berbentuk landskaping, maka pemilihan ikan yang tepat dan sesuai adalah sangat penting. Mereka yang baru berjinak dengan hobi membela ikan perlu menilai semula kekuatan sama ada untuk membiarkan akuarium kosong atau mengisi hiasan akuarium dengan landskap yang indah. Ini adalah kerana landskaping dalam akuarium bukan satu perkara yang mudah. Maksud penulis, tidak mudah adalah dari aspek penyelengaraan (maintanance) akuarium. Memiliki akuarium yang penuh dengan landskap memerlukan penjagaan yang rapi dan teliti. Maka anda nilai diri sendiri sama ada ingin terus melakukan landskaping atau sekadar mencuba dengan akuarium kosong.  (Nanti akan dipost mengenai kaedah landskap dan tips penyelengaraannya)

* Tips akurium yang mempunyai landskap yang tidak dijaga akan menyebabkan pertumbuhan bakteria yang banyak dan menyebabkan kematian ikan sedikit demi sedikit.

Namun bagi mereka yang ingin cuba ada bebarapa cadangan ikan dengan profil mereka agar tidak tersalah mencampurkan ikan. Campuran yang salah akan menyebabkan ikan lain cedera dan mati..


TIGER BARB

Tiger barb spesis yang aktif berkumpulan, pembelaan nya perlu lebih dari lima dan keatas. Sekiranya kurang ia akan menyerang ikan lain yang kurang aggresif dengan menggigit ekornya. Pembelaan spesis ikan ini dalam kuantiti yang besar akan menyebabkan mereka berkejaran sesama mereka dan menyelamatkan ikan anda yang lain. Tidak sesuai diberi dengan ikan yang semi-aggresif seperti ikan laga  (ekor panjang akan digigit). Uniknya ikan ini mempunyai pelbagai rupa dan warna yang cantik dan sesuai untuk anda. 

Amat cantik dibela dalam akuarium berlandskap.

No comments:

Post a Comment